CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, August 6, 2012

17 Ramadhan - 06.08.2012

Alhamdulillah.. hari ini bercuti sempena nuzul quran. Lama dah blog ni tidak dikemaskini..Mungkin lepas ni semua entry pasal majlis kahwin saya yang bakal berlangsung awal 2013. Nerves sangat. Alhamdulillah, sabtu lepas dah pergi try baju dan cari warna tema. Oleh sebab majlis saya akan berlangsung bersama-sama majlis kakak saya, maka saya tidak boleh nak buat 100% ikut kehendak saya. Terpaksa mengalah dalam beberapa perkara. Tema warna insyaallah red chilly walaupun pada asalnya saya kepingin warna oren + coklat. Tapi xde design yang memenuhi cita rasa. Hanya merah dan biru sahaja yang agak menarik.oleh sebab majlis bertunang saya dah warna biru, awal-awal lagi saya dah keberatan untuk warna biru. Tak nak la sama..hehehehe..Banyak lagi perkara yang nak dibuat.

1. Baju nikah - belum tempah (design pun tak tahu nak macam mana)
2. Hantaran - Dah beli, tapi belum mula untuk cari idea menggubah
3. Doorgift - Kakak nak bagi murah (apa yang murah sekarang?)
4. Cincin kahwin - Both of us. Tapi hari tu dah usha kat Lezo. Macam menarik dan harga pun in budget.
5. Bunga pahar - Maybe nak wat sendiri bunga telur. Tapi belum confirm. Tunggu keputusan kedua-dua pihak...
hiiisssshhhh....

Okla, nanti update lagi.

No comments:

Post a Comment