CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, December 2, 2012

preparation kahwin...preparation kahwin~

PPPHHHEEWWW~ A lot to do...huhuhuhu..really exhausted n so on...i need some refreshment to enhance mysef..nak jenjalan..tapi nak g mna??Ada tak yang nak bawa saya pergi melancong. Melencung pun takpe la..penat..penat..penat....

Tuesday, November 27, 2012

2 months to go...

Mak aih, cepatnya masa berlalu..tggl lebih kurang 2bulan je lagi..Setakat ni alhamdulillah..semua in order.Semoga semua berjalan lancar =)
oh iye, saya ada follower baru =). terkejut tetiba ada yang komen. selalu blog ni untuk bacaan sendiri je..tq ye mama dhia sudi jeguk blog ni =)

Sunday, November 11, 2012

75 hari lagi....

xsangka..xsangka..takutnya..hanya tinggal 75 hari je lagi.. terlalu banyak yang belum disiapkan..adoi berpusing2 kepala fikir itu dan ini..dalam pening2 ni sempat layan satu sajak dari sini..bait2 sajak ni sangat2 menyentuh hati dan perasaan..swweet sangat. RUZZ BILLABAN..
minta copy dan paste ya..suka sangat~

Ruz Billaban

Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu
Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua
Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak segala

Bait kita kau hamornikan
Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan
Kenalkan aku lebih dengan tuhan
Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan

Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi
Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri
Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah
Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah
Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku

Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan
Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan
Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan
Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan

Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi

*Ruz Billaban bermaksud nasi susu, hidangan Arab Mesir yang disajikan sebagai manisan yang boleh menyejukkan badan. Beras yang dimasak dengan susu ini membuatkan nasinya pekat tapi bukan bubur. Gula dan kismis ditambah sebagai pelazat lidah.

Tuesday, October 16, 2012

Ya Allah

Ya Allah..Kau beri aku amanah ini, maka Kau berikanlah aku kekuatan...

Tuesday, September 18, 2012

HIV test dan perihal kad kahwin

Bercuti..hehehehehe...Memang saya plan untuk bercuti memandangkan EO saya dah tergesa2 nak buat HIV test. Oleh sebab malas nak ambil half day(takut terkejar2 and bos bising asyik half day je staff bahagian saya) kami plan untuk bercuti. Yang bestnya, saya tidak menggunakan cuti rehat, sebaliknya guna cuti  gantian. Siapa suruh paksa saya pergi kan??
Okay, pagi-pagi dah keluar rumah.Padahal kepala pening sebab tido lambat. Then, kami jumpa di taman warisan.Adik manis ini jadi driver hari ini okay..penat tau! 1st destination - JPN mission tukar IC. kan ic baru sekarang dah ada 2 gambar yang nampak macam bayang hantu. Semuanya berjalan lancar bagi saya. Tetapi tidak pada EO saya. Finas kene denda RM 20 sebab lambat tukar ic..selepas umur 24thn..wakakakaka.. Nasib baik saya tukar ngan adik saya hari tu.. Waktu ambil gambar pun Finas kene tukar tudung.,..hahahahha.. berangin for second... tapi akhirnya berjalan lancar..
Petangnya pukul 2 kami bergerak ke Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra untuk HIV test. Ok, memang akui tak ramai orang dan servis sangat cepat. Tak sampai dua jam di klinik, selesai ujiannya..Akhirnya, im -ve HIV..Ada jugak benda -ve yang menggembirakan kn??Habis jari i koyak kene cucuk ngan jarum yang datang ntah dari mana..huhuhuhu...Tapi sekarang semua tu tak penting.. One step closer..Satu dah settle..
Then, kami ke PKNS bangi, jumpa abang hafiz untuk tempahan kad.. He is so freindly and easy going..I've decide to order our wedding card with him..Harga sangat berbaloi-baloi.. Mana-mana B2B yang masih tercari-cari kad kahwin saya suggest abang hafiz ni..link nnt saya attached..Oh dah jumpa blog kad kahwin abang hafiz..tengok kat ticker wedding saya, 4 months 1 week...mak aih,cepatnya masa berlalu....banyak lagi xsettle..Semoga dipermudahkan....

Monday, September 17, 2012

Idea Hantaran

Ok, mata memang mengada-ngada..ayam kat luar rumah dah berkokok berkali-kali..Mata masih segar bugar tak boleh nak lelap. Oleh sebab mata tak boleh pejam, saya kaco en google "hantaran DIY" Mula-mula macam tak ada yang menarik, sampailah saya jumpa satu blog yang dia DIY hantaran.yang sangat2 saya suka sebab bekas hantaran 2 dia buat pakai kertas surat khabar..Yaey,kat rumah saya banyak surat khabar yang akhirnya saya akan buang jugak..why not kita manfaatkan kan??tetiba rasa excited nak wat..tak sabar nak tunggu encik tunang balik..paksa en tunang buat ngan saya sekali...thanks...suka sangat2 dat idea...macam mana rupanya, i'll update later...

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

Raya terakhir as a bachelorette.

Gemuk2!

My lovely family.. Kak ngah n along xde....

Tahun ni cium tangan ayah, tahun depan insyaallah bersama suami.. Wink2..mood tergedik2...

Ok, selamat hari raya. Maaf zahir batin...


Salam sayang....

Wednesday, August 15, 2012

Summary

Hari ini pening satu hari. dari pagi sampai la nak balik ni.entry ni nak summarize kan apa yang berlaku,terjadi kat diri aku..oh,budget so sweet..ingat seantero dunia nak tau cerita ko..ah,lantakla.

1.Dah 4hari Ammar Mukhriz demam.merengek je.xtau la npe.umi die pun dah pening nak buat apa.susu xanak,makan xnak..risau plak auntie die tgk.umi die pn dah mcm nenek kebayan.x terurus langsung.hehehhe.macam2 ubat dan petua try kat baby mukhriz.semua tak berkesan.alahai,pe yang auntie boleh tolong awk ni...







2.Tangan ku yang halus mulus dirobek oleh mesin sagat kelapa..ooh,halus mulus 2 tipu..tu la,borak2 sampai xperasan mata mesin 2 dah makan tangan sendiri.my god,jatuh saham i..agak parah la cedera kali ni.aku yang memang fobia darah,hampir pitam tgk darah sndr.at last,tertido smp ptg..













Apakah rasa ini...

Saya tak tahu kenapa..bila berjumpa kelu 1001 bahasa.padahal, sebelum jumpa rasa macam banyak benda nak tanya..banyak nak bualkan. bila dah depan mata, gugup, kelu.. Hai, kuasa apa la yang awak pakai sampai jadi macam tu..maybe all my words tertelan sebab sampai2 je awak marah2..cuak la den..hmmm....

Monday, August 6, 2012

Baju Nikah

Oleh sebab hari ini bercuti dan bersenang-senang selepas iftar tadi, saya ambil masa untuk intai-intai design baju nikah yang saya rasa teringin nak buat macam tu. kalau saya dianugerahkan kepandaian untuk menjahit sendiri, pasti saya akan usahan jahit sendiri..




Ni la design baju yang berkenan di hati. Tapi saya nak buat baju kurung moden. Leher nak cekak musang dan ada button cendawan macam dalam gambar ni. Elegen sangat. Then finishing bawah baju nak macam gambar no 2..Ada tak yang nak jahit macam tu.. kalau la ada,sure saya seronok. Lagi seronok kalau harga murah. seronok sampai melompat-lompat.Tapi yunggula macam mana hasilnya nanti..huhuhuhuhu...


sumber Cinta 2 Collection

17 Ramadhan - 06.08.2012

Alhamdulillah.. hari ini bercuti sempena nuzul quran. Lama dah blog ni tidak dikemaskini..Mungkin lepas ni semua entry pasal majlis kahwin saya yang bakal berlangsung awal 2013. Nerves sangat. Alhamdulillah, sabtu lepas dah pergi try baju dan cari warna tema. Oleh sebab majlis saya akan berlangsung bersama-sama majlis kakak saya, maka saya tidak boleh nak buat 100% ikut kehendak saya. Terpaksa mengalah dalam beberapa perkara. Tema warna insyaallah red chilly walaupun pada asalnya saya kepingin warna oren + coklat. Tapi xde design yang memenuhi cita rasa. Hanya merah dan biru sahaja yang agak menarik.oleh sebab majlis bertunang saya dah warna biru, awal-awal lagi saya dah keberatan untuk warna biru. Tak nak la sama..hehehehe..Banyak lagi perkara yang nak dibuat.

1. Baju nikah - belum tempah (design pun tak tahu nak macam mana)
2. Hantaran - Dah beli, tapi belum mula untuk cari idea menggubah
3. Doorgift - Kakak nak bagi murah (apa yang murah sekarang?)
4. Cincin kahwin - Both of us. Tapi hari tu dah usha kat Lezo. Macam menarik dan harga pun in budget.
5. Bunga pahar - Maybe nak wat sendiri bunga telur. Tapi belum confirm. Tunggu keputusan kedua-dua pihak...
hiiisssshhhh....

Okla, nanti update lagi.

Tuesday, July 17, 2012

Warna tema

I dah nak kahwin..betul ke? macam xpercaya je rasanya..huhuhu..dah menggatal sangat apa yang tak percaya lagi??hehehehehe..
Beberapa hari ni asyik usha warna-warna yang sesuai untuk buat tema hari majlis nanti. takut juga jadi macam majlis tunang hari tu..dah elok2 hantaran warna biru, tetiba tidak jumpa baju yang berkenan.huhhuhu..rasa-rasa warna apa yang cantik dan tidak nampak over melampau..macam nak merah putih@ kuning hitam @ orange hitam..adoi,rambang mata.. tapi nak pergi butik untuk cari baju yang berkenan di mata dulu..

Thursday, June 28, 2012

Checklist

Sekaraang ngah wat sket2 untuk majlis perkahwinan kami nanti..takut,berdebar2,excited n macam2 perasaan yang tak tergambar dek kata-kata...last saturday, pergi jusco cari barang2 nk wat hantaran..
Untuk my future husband :
  1. kasut & stoking
  2. belt n wallet
  3. jam
  4. baju n seluar
  5. perfume
  6. sejadah n songkok
  7. kek
  8. buah
  9. sirih junjung
Setakat ni, yang 1-4 dah cari..berhabis jugak la..maklumla, barang2 lelaki agak cozy..n paling tal sangka, abang sayang juga seorang yang memilih.penat gak nak tgg die shopping. berpusing2 dalam jusco u..susah nak cari yang betul-betul berkenan kat hati die..nasib baik nak jadi laki..ikutkan saja..kalau x,lame dah sayang angkat kaki tau abang...Moga-moga, persiapan dan majlis berjalan lancar.. Ya Allah,permudahkanlah.....

Tuesday, June 26, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Menangis

Tadi pagi-pagi dah kena serang ngan Mr. Poon. Rasa hilang semua semangat. Down smp level paling rendah. Muka pun dah stress. Sampai ada yang tegur plak..

Saturday, March 17, 2012

Berlagu

Hari yang sangat membosankan. Konon2 nak study. tetiba rasa rindu. Awak JAHAT!! Awak wat saya rindu awak...........

Thursday, March 15, 2012

Thursday, March 8, 2012

Aku perempuan JAHAT??

Semalam betul-betul menguji kesetian aku..ya Allah..Duduk berdua walaupun xsampai sejam sangat menceriakan hati aku. Rasa tenang dan bahagia. Rasa terbang semua masalah. Rasa hilang semua tekanan. Rajin je mulut aku bercerita itu dan ini. Ya Allah, engkau lebih tahu isi hatiku. Kenapa tetiba ak perlu nampak sempurna di matanya..kenapa aku berkelakuan seperti seorang dara bertemu udanya..Igat,kau dah bertunang..Jauhkan semua perasaan kau tu..Tolong aku ya Allah.....Kasih sayang aku padanya semakin kuat,semakin membukit. Aku takut... Aku tidak mahu kecewakan sesiapa. Tapi, aku masih keliru dengan kehendak hati dan perasaan aku. Adakah kasih sayang aku dan tunangku selama ini hanyalah atas dasar nafsu semata-mata. Apabila jasad berjauhan,maka perasaan pun jauh. Jahatnya aku..Aku tak minta untuk jadi macam ni...astagfirullah...

Thursday, February 23, 2012

A week

Incik tunang baru seminggu je kat sana. Lama lagi nak habis kursus tu. Rasa tak sabar nak tunggu dia balik. walaupun baru seminggu, rasa macam lama sangat. ntah,dulu kalau dekat asyik nak bertekak je.alahai,macma mna ni.kesihatan makin tak menentu, kepala bedenyut2 rasa nak pecah. mata gatal-gatal xtentu hal.tetiba rasa sebak.kalau abang sayang ada, mesti macam-macam nasihat dia bagi.wah,poyo la awak.this week still okay lagi coz die xstart kelas.aku pun bz wat asigmnt.tapi still rindu.rindu sangat2..huhuhuhuhu..abang...balik cepat...

Thursday, February 2, 2012

GRRRRR....

Sekali lagi lagi incik tunang mencabar kesabaran saya....Ya Allah.....
Plan pergi broga tertunda lagi..BANGANG!

Think twice is always wise

Jumpa words ni dalam Sarah Shukor pny FB.Rasa macam ada chemistry ngan words tersebut.memang la selalu tak fikir panjang..huhuhu..macam mana agaknya bila dah tinggal berdua with my future housemate cum roomate cum soulmate...masih bertekak ke kami hari-hari..krisis saban minggu.. Ya Allah,Kau permudahkanlah hidup kami dan di akhirat kelak.....

Tuesday, January 31, 2012

Tercipta untukku





Sungguh, inilah yang bermain2 di fikiranku sekarang.. Ya Allah jika dia tertulis untukku, Kau pemudahkanlah urusan penyatuan hati kami..Kau lapangkan dada kami menerima antara satu sama lain..

Monday, January 30, 2012

Postpone

Dua hari lepas mr fiance bgtau yang nama dia naek untuk mengikuti kursus selama 9 bulan.terus bad mood dan rasa down.then dia bgtau lagi yang kursus 2 habis a day before akad nikah yang kami rancang..WHAT??sama ada postpone our big day or amik risiko buat preparation sendiri@mr fiance xdpt balik time akad nikah..macam mana ni..hati tara sinang la..malam tadi merajuk sepanjang malam.tapi macam biasa,he won't ever to pujuk2 me okay..lantak la awak nak merajuk ke apa.PUJUK DIRI SENDIRI OKAY..SEDEY tau..Sabar2..ada hikmah di sebalik langsir..eh..dugaan..moga2 Allah permudahkan segala macam urusan..

Monday, January 23, 2012

My E Day

hai, secara rasminya saya dah menjadi tunangan orang.rasa macam xpercaya je..hehehehee...


i. ni pas di make up oleh mama wa...im her 1st customer.wau.awesome!!!!!!!!


ii.ni mak andam i la.mama wa...alamak,mak andam dah overshadow....


iii.ngan hantaran dari pihak perempuan.hasil kerja tangan aku dan kakak2..


Lega rasanya dah settle semuanya..terima kasih semua...

Wednesday, January 11, 2012

Jogging

Semalam berjongging di #cyberview cyberjaya..konon2 nak kurus badan.semangat lebih sebab pakai kasut sukan baru. Terima kasih abang sayang..balik rumah rasa penat melapau.hari ini kaki start sakit..ayyoo...saya nak kurus..

Thursday, January 5, 2012

Menangis

Sebak sangat bila orang tersayang buat kita rasa xwujud..xdiperlukan lagi...susah sangat ke apa yang aku mintak.ntahla..rasa macam dah xnak teruskan.tekanan melampau..

Tuesday, January 3, 2012

Welcome back to school

hari ni hari pertama persekolahan bagi sesi 2012.bila ingat2 balik, rindunya nak ke sekolah.pagi2 dah bangun. rebut-rebut nak mandi kat bilik air.pas 2 g solat subuh..then, g breakfast kat dewan makan.pas 2 g kelas..BESTNYE.....nak g sekolah..
ngadu ngan abang sayang cakap nak g sekolah,dia cakap g la jadi cekgu.boleh g sekolah..ha?CEKGU???..huhuhuhuhu..macam mana..jaga anak buah dua orang pun den dah poning kepalo..tak nak la..hehehehehehe.....
Pada adik2,eh (ke anak2??)yang baru mendaftar hari ini,belajar rajin2 ye...jangan jadi macam akak ni ha..last2 terasadai jadi clerk..