CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

Raya terakhir as a bachelorette.

Gemuk2!

My lovely family.. Kak ngah n along xde....

Tahun ni cium tangan ayah, tahun depan insyaallah bersama suami.. Wink2..mood tergedik2...

Ok, selamat hari raya. Maaf zahir batin...


Salam sayang....

Wednesday, August 15, 2012

Summary

Hari ini pening satu hari. dari pagi sampai la nak balik ni.entry ni nak summarize kan apa yang berlaku,terjadi kat diri aku..oh,budget so sweet..ingat seantero dunia nak tau cerita ko..ah,lantakla.

1.Dah 4hari Ammar Mukhriz demam.merengek je.xtau la npe.umi die pun dah pening nak buat apa.susu xanak,makan xnak..risau plak auntie die tgk.umi die pn dah mcm nenek kebayan.x terurus langsung.hehehhe.macam2 ubat dan petua try kat baby mukhriz.semua tak berkesan.alahai,pe yang auntie boleh tolong awk ni...







2.Tangan ku yang halus mulus dirobek oleh mesin sagat kelapa..ooh,halus mulus 2 tipu..tu la,borak2 sampai xperasan mata mesin 2 dah makan tangan sendiri.my god,jatuh saham i..agak parah la cedera kali ni.aku yang memang fobia darah,hampir pitam tgk darah sndr.at last,tertido smp ptg..













Apakah rasa ini...

Saya tak tahu kenapa..bila berjumpa kelu 1001 bahasa.padahal, sebelum jumpa rasa macam banyak benda nak tanya..banyak nak bualkan. bila dah depan mata, gugup, kelu.. Hai, kuasa apa la yang awak pakai sampai jadi macam tu..maybe all my words tertelan sebab sampai2 je awak marah2..cuak la den..hmmm....

Monday, August 6, 2012

Baju Nikah

Oleh sebab hari ini bercuti dan bersenang-senang selepas iftar tadi, saya ambil masa untuk intai-intai design baju nikah yang saya rasa teringin nak buat macam tu. kalau saya dianugerahkan kepandaian untuk menjahit sendiri, pasti saya akan usahan jahit sendiri..




Ni la design baju yang berkenan di hati. Tapi saya nak buat baju kurung moden. Leher nak cekak musang dan ada button cendawan macam dalam gambar ni. Elegen sangat. Then finishing bawah baju nak macam gambar no 2..Ada tak yang nak jahit macam tu.. kalau la ada,sure saya seronok. Lagi seronok kalau harga murah. seronok sampai melompat-lompat.Tapi yunggula macam mana hasilnya nanti..huhuhuhuhu...


sumber Cinta 2 Collection

17 Ramadhan - 06.08.2012

Alhamdulillah.. hari ini bercuti sempena nuzul quran. Lama dah blog ni tidak dikemaskini..Mungkin lepas ni semua entry pasal majlis kahwin saya yang bakal berlangsung awal 2013. Nerves sangat. Alhamdulillah, sabtu lepas dah pergi try baju dan cari warna tema. Oleh sebab majlis saya akan berlangsung bersama-sama majlis kakak saya, maka saya tidak boleh nak buat 100% ikut kehendak saya. Terpaksa mengalah dalam beberapa perkara. Tema warna insyaallah red chilly walaupun pada asalnya saya kepingin warna oren + coklat. Tapi xde design yang memenuhi cita rasa. Hanya merah dan biru sahaja yang agak menarik.oleh sebab majlis bertunang saya dah warna biru, awal-awal lagi saya dah keberatan untuk warna biru. Tak nak la sama..hehehehe..Banyak lagi perkara yang nak dibuat.

1. Baju nikah - belum tempah (design pun tak tahu nak macam mana)
2. Hantaran - Dah beli, tapi belum mula untuk cari idea menggubah
3. Doorgift - Kakak nak bagi murah (apa yang murah sekarang?)
4. Cincin kahwin - Both of us. Tapi hari tu dah usha kat Lezo. Macam menarik dan harga pun in budget.
5. Bunga pahar - Maybe nak wat sendiri bunga telur. Tapi belum confirm. Tunggu keputusan kedua-dua pihak...
hiiisssshhhh....

Okla, nanti update lagi.