CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, December 2, 2012

preparation kahwin...preparation kahwin~

PPPHHHEEWWW~ A lot to do...huhuhuhu..really exhausted n so on...i need some refreshment to enhance mysef..nak jenjalan..tapi nak g mna??Ada tak yang nak bawa saya pergi melancong. Melencung pun takpe la..penat..penat..penat....

Tuesday, November 27, 2012

2 months to go...

Mak aih, cepatnya masa berlalu..tggl lebih kurang 2bulan je lagi..Setakat ni alhamdulillah..semua in order.Semoga semua berjalan lancar =)
oh iye, saya ada follower baru =). terkejut tetiba ada yang komen. selalu blog ni untuk bacaan sendiri je..tq ye mama dhia sudi jeguk blog ni =)

Sunday, November 11, 2012

75 hari lagi....

xsangka..xsangka..takutnya..hanya tinggal 75 hari je lagi.. terlalu banyak yang belum disiapkan..adoi berpusing2 kepala fikir itu dan ini..dalam pening2 ni sempat layan satu sajak dari sini..bait2 sajak ni sangat2 menyentuh hati dan perasaan..swweet sangat. RUZZ BILLABAN..
minta copy dan paste ya..suka sangat~

Ruz Billaban

Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu
Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua
Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak segala

Bait kita kau hamornikan
Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan
Kenalkan aku lebih dengan tuhan
Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan

Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi
Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri
Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah
Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah
Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku

Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan
Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan
Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan
Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan

Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi

*Ruz Billaban bermaksud nasi susu, hidangan Arab Mesir yang disajikan sebagai manisan yang boleh menyejukkan badan. Beras yang dimasak dengan susu ini membuatkan nasinya pekat tapi bukan bubur. Gula dan kismis ditambah sebagai pelazat lidah.

Tuesday, October 16, 2012

Ya Allah

Ya Allah..Kau beri aku amanah ini, maka Kau berikanlah aku kekuatan...

Tuesday, September 18, 2012

HIV test dan perihal kad kahwin

Bercuti..hehehehehe...Memang saya plan untuk bercuti memandangkan EO saya dah tergesa2 nak buat HIV test. Oleh sebab malas nak ambil half day(takut terkejar2 and bos bising asyik half day je staff bahagian saya) kami plan untuk bercuti. Yang bestnya, saya tidak menggunakan cuti rehat, sebaliknya guna cuti  gantian. Siapa suruh paksa saya pergi kan??
Okay, pagi-pagi dah keluar rumah.Padahal kepala pening sebab tido lambat. Then, kami jumpa di taman warisan.Adik manis ini jadi driver hari ini okay..penat tau! 1st destination - JPN mission tukar IC. kan ic baru sekarang dah ada 2 gambar yang nampak macam bayang hantu. Semuanya berjalan lancar bagi saya. Tetapi tidak pada EO saya. Finas kene denda RM 20 sebab lambat tukar ic..selepas umur 24thn..wakakakaka.. Nasib baik saya tukar ngan adik saya hari tu.. Waktu ambil gambar pun Finas kene tukar tudung.,..hahahahha.. berangin for second... tapi akhirnya berjalan lancar..
Petangnya pukul 2 kami bergerak ke Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra untuk HIV test. Ok, memang akui tak ramai orang dan servis sangat cepat. Tak sampai dua jam di klinik, selesai ujiannya..Akhirnya, im -ve HIV..Ada jugak benda -ve yang menggembirakan kn??Habis jari i koyak kene cucuk ngan jarum yang datang ntah dari mana..huhuhuhu...Tapi sekarang semua tu tak penting.. One step closer..Satu dah settle..
Then, kami ke PKNS bangi, jumpa abang hafiz untuk tempahan kad.. He is so freindly and easy going..I've decide to order our wedding card with him..Harga sangat berbaloi-baloi.. Mana-mana B2B yang masih tercari-cari kad kahwin saya suggest abang hafiz ni..link nnt saya attached..Oh dah jumpa blog kad kahwin abang hafiz..tengok kat ticker wedding saya, 4 months 1 week...mak aih,cepatnya masa berlalu....banyak lagi xsettle..Semoga dipermudahkan....

Monday, September 17, 2012

Idea Hantaran

Ok, mata memang mengada-ngada..ayam kat luar rumah dah berkokok berkali-kali..Mata masih segar bugar tak boleh nak lelap. Oleh sebab mata tak boleh pejam, saya kaco en google "hantaran DIY" Mula-mula macam tak ada yang menarik, sampailah saya jumpa satu blog yang dia DIY hantaran.yang sangat2 saya suka sebab bekas hantaran 2 dia buat pakai kertas surat khabar..Yaey,kat rumah saya banyak surat khabar yang akhirnya saya akan buang jugak..why not kita manfaatkan kan??tetiba rasa excited nak wat..tak sabar nak tunggu encik tunang balik..paksa en tunang buat ngan saya sekali...thanks...suka sangat2 dat idea...macam mana rupanya, i'll update later...

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

Raya terakhir as a bachelorette.

Gemuk2!

My lovely family.. Kak ngah n along xde....

Tahun ni cium tangan ayah, tahun depan insyaallah bersama suami.. Wink2..mood tergedik2...

Ok, selamat hari raya. Maaf zahir batin...


Salam sayang....