CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Baju Nikah

Oleh sebab hari ini bercuti dan bersenang-senang selepas iftar tadi, saya ambil masa untuk intai-intai design baju nikah yang saya rasa teringin nak buat macam tu. kalau saya dianugerahkan kepandaian untuk menjahit sendiri, pasti saya akan usahan jahit sendiri..




Ni la design baju yang berkenan di hati. Tapi saya nak buat baju kurung moden. Leher nak cekak musang dan ada button cendawan macam dalam gambar ni. Elegen sangat. Then finishing bawah baju nak macam gambar no 2..Ada tak yang nak jahit macam tu.. kalau la ada,sure saya seronok. Lagi seronok kalau harga murah. seronok sampai melompat-lompat.Tapi yunggula macam mana hasilnya nanti..huhuhuhuhu...


sumber Cinta 2 Collection

17 Ramadhan - 06.08.2012

Alhamdulillah.. hari ini bercuti sempena nuzul quran. Lama dah blog ni tidak dikemaskini..Mungkin lepas ni semua entry pasal majlis kahwin saya yang bakal berlangsung awal 2013. Nerves sangat. Alhamdulillah, sabtu lepas dah pergi try baju dan cari warna tema. Oleh sebab majlis saya akan berlangsung bersama-sama majlis kakak saya, maka saya tidak boleh nak buat 100% ikut kehendak saya. Terpaksa mengalah dalam beberapa perkara. Tema warna insyaallah red chilly walaupun pada asalnya saya kepingin warna oren + coklat. Tapi xde design yang memenuhi cita rasa. Hanya merah dan biru sahaja yang agak menarik.oleh sebab majlis bertunang saya dah warna biru, awal-awal lagi saya dah keberatan untuk warna biru. Tak nak la sama..hehehehe..Banyak lagi perkara yang nak dibuat.

1. Baju nikah - belum tempah (design pun tak tahu nak macam mana)
2. Hantaran - Dah beli, tapi belum mula untuk cari idea menggubah
3. Doorgift - Kakak nak bagi murah (apa yang murah sekarang?)
4. Cincin kahwin - Both of us. Tapi hari tu dah usha kat Lezo. Macam menarik dan harga pun in budget.
5. Bunga pahar - Maybe nak wat sendiri bunga telur. Tapi belum confirm. Tunggu keputusan kedua-dua pihak...
hiiisssshhhh....

Okla, nanti update lagi.

Tuesday, July 17, 2012

Warna tema

I dah nak kahwin..betul ke? macam xpercaya je rasanya..huhuhu..dah menggatal sangat apa yang tak percaya lagi??hehehehehe..
Beberapa hari ni asyik usha warna-warna yang sesuai untuk buat tema hari majlis nanti. takut juga jadi macam majlis tunang hari tu..dah elok2 hantaran warna biru, tetiba tidak jumpa baju yang berkenan.huhhuhu..rasa-rasa warna apa yang cantik dan tidak nampak over melampau..macam nak merah putih@ kuning hitam @ orange hitam..adoi,rambang mata.. tapi nak pergi butik untuk cari baju yang berkenan di mata dulu..