CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, September 18, 2013

32 weeks pregnancy

Sudah lama tidak menghapdate...last week check up kt klinik desa.HB drop smp 8.7..terus kena rujuk kk salak.check HB kt kk salak 9.7.aisey xkn ralat 1.0..jauh 2.sia2 kena tukar striker kt dpn buku pink dr hijau ke kuning.

Thursday, August 15, 2013

27th week check up

Semalam ke kk salak untuk follow up low hb hari 2..syukur..hb dh naik..dh okay..scan baby pn okay..abi n umi sgt excited..moga2 syg chat dlm kandungan umi..

Monday, July 15, 2013

6th Ramadhan

Alhamdulillah..hari ini dah masuk hari ke-6 umat islam di Malaysia berpuasa..kami juga berpuasa..masih penuh tau..tahniah anak ummi..semoga diberi kekuatan untuk teruskan ibadah ini.. sayang jangan la mengamuk2.kan ummi dan abi dah bgtau kita kena berpuasa sebulan. Sekarang ramadhan. Lepas ramadhan baru umi n sayang boleh makan di siang hari...tapi sayang jangan risau..ummi tak akan letakkan sayang dalam risiko..kalau betul2 sayang dan ummi tak larat, ummi akan buka puasa..sayang kena kuat..semoga abi sentiasa menyokong kita..ammiinn..ramadhan karreeemm..

Friday, July 5, 2013

5 months of pregnancy

Seriously, this 5 months very excited.. apa yang lg mngujakan saya dah rasa my little baby gerak2 dalam perut..anak umi jgn nakal2 ye..cian la kat umi..abi asyk balik lambat je..sejak akhir2 ni abi asyik sampai rumah lambat.esok lusa abi nak kena pergi siapkan projek di kuala selangor. Lagi beberapa hari nak puasa dah.ihya ramadhan.semoga diberi kekuatan olehNya.cuak jgk.sekarang ni asyk lapar je..hehe.u oll pn selamat menyambut ramadhan al mubarak..

Friday, May 17, 2013

Ayahanda

Hari ni rasa sangat sedih. Balik kerja en suami bgtau ayah tak sihat.mengadu rindukan anak-anak yang dah lama xbalik. Dengan segera saya mesej semua adik beradik bgtau keadaan ayah. Rasa terkilan sangat bila respon daripada kakngah yang sgt mduka citakan.tak apa lah..mgkn ini bahagian masing2.walau macam mane buruk ayah.mcm mne trk ayah..die ttp ayah..tanpa dia kita semua tak ada.tanpa sedar air mata saya tengah meleleh skrg.semua bkn duduk jauh.
Dlm lembah klang je. Mungkin ayah rindukan anak2 bkumpul depan mata dia. Dia nak tengok sorang2. Paling menakutkan bila dia bahasakan diri dengan suami sya "pakcik" bukan "ayah" mcm biasa.

Tuesday, March 26, 2013

minggu ke 8

Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke dua bulan..sekejap je dah masuk bulan ke 3...kandungan saya juga sudah menjangkau minggu ke-8 esok hari..hehehhee.. calculate smp macam tu sekali kan..cepat preg?alhamdulillah Allah nak bagi rezeki..saya terima dengan hati yang terbuka..suami juga sangat teruja bila tahu berita ni..syukur, dia pun tidak menolak.
Hampir semua perempuan hamil akan mengalami alahan..nasib badan masing-masing..minggu ke -7 kehamilan, saya lerap terkencing. setengah jam sekali mesti nak ke tandas. kalau di ofis lg siksa..habis basah seluar dalam. Kalau malam, tido mst 3-4 kali bangun untuk ke toilet..samapi ad beberapa hari, saya tidur tanpa seluar & seluar dalam.*Sensored*.basah dah kedua2nya sbb air ye..bukan air kencing..mujur suami memahami..start jumaat lepas saya mula pening-pening dan penat yang melampau..sabtu saya muntah2 sehingga badan dh tak bermaya nak jalan.bernomad dlm bilik air ntah brape lame..dr bilik air ke tandas. dr tandas ke bilik air..maklumla, bilik air dan tandas umah saya berasingan..last2 saya tgg je kat bilik air sampai semua habis saya muntahkan..lagi bertambah lemah bila en suami akan ke Kluang, Johor atas sbb ada tournament bola sepak..tinggal la saya sorang2..walaupun berat hati nak lepaskan, saya PASRAH..hahahahha..separa redha ni..mudah2an pergi dan balik dengan selamat..=)

Saturday, March 9, 2013

Pure marine collagen (rumpai laut) murah

Hai.Saya nak kongsikan satu hasil laut yang sangat menakjubkan. Rumpai laut~ sebelum ni kita asyik makan rumpai laut ni (seaweed) dengan sushi. Padahal malaysia antara pengeluar rumpai laut ni juga. Rumpai laut ini juga dipanggil kolagen mentah.

ANTARA KHASIAT KOLAGEN MENTAH INI

1.         Mencerahkan kulit muka dan badan, menggebu serta menganjalkan kulit.
2.       Menghalang tanda-tanda penuaan (anti aging)
3.       Menyihatkan organ dalaman badan
4.       Anti bakteria, anti jerawat
5.       Detoksifikasi
6.       Mengelakkan masalah jantung
7.       Mengawal berat badan
8.       Menyeimbangkan tekanan darah.
9.       Awet muda
10.    Menguatkan akar rambut dan mencegah keguguran rambut
11.       Menguatkan sendi badan
12.     Merawat kencing manis
* Suka untuk saya ingatkan bahawa kesan kolagen ini adalah berlainan bagi setiap orang. Mungkin ada yang mengambil masa 3-4 minggu untuk merasakan kesan kolagen ini. Ada yang lebih atau kurang daripada itu. Ia terpulang kepada disiplin diri dan respon badan kita kepada kolagen ini. 
* Mereka yang alah kepada iodine adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil kolagen mentah ini.





CARA- CARA PENGGUNAAN

1.         Basuh kolagen mentah sebanyak 5-6 kali. (seperti membasuh beras)
2.       Rendam ke dalam air sejuk di bekas plastik selama sehari
3.       Keluarkan kolagen, basuh 5-6 kali lagi
4.       Rebus kolagen dengan suhu sederhana selama 40-45 minit dikacau sentiasa . Guna 1.5- 2 liter air. Rebus dengan daun pandan untuk kurangkan bau hanyir kolagen.
5.       Sejukkan kolagen ke dalam peti sejuk.
6.       Hasilnnya seakan akan agar-agar.




CARA PENGAMBILAN

Ambil 3 sudu besar kolagen kedalam air suam. Kacau sehingga menjadi cair. Amalkan 3 kali sehari. Sebelum sarapan, sejam selepas makan tengahari dan sebelum tidur.(boleh juga dicampur dengan mana mana perisa minuman atau jus buah buahan)

ELAKKAN MEMINUM MINUMAN BERGAS DAN BERKAFEIN UNTUK HASIL YANG LEBIH CEPAT.
AMALAKN SEKALI PENGAMBILAN VITAMIN C SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM.


Dah tau semua pasal kolagen mentah ni...Pada yang berminat, bolehlah dapatkan daripada saya. Saya jual dengan harga promosi untuk gred AAA (purple), RM 8.00/ 100g... Untuk yang membeli secara borong boleh dapatkan harga istimewa daripada saya..Hubungi saya fatimahmunin@gmail.com atau 0193706734. Benda baik tidak salah untuk dikongsikan.. =)

Saturday, February 2, 2013

DULANG HANTARAN UNTUK DISEWA


Hi u ollss~
Lama sudah tak menyinggah di sini. Syukur, majlis pada 26&27 Jan 2013 lepas berjalan lancar..Hehehehe..kepada bride to be @ yang nak bertunang 2, i ada 10 unit dulang hantaran yang cun melecun untuk di sewa. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya (019 3706734 @ emel :fatimahmunin@gmail.com)


Pandangan sisi

Pandangan atas


TERMA DAN SYARAT
Harga sewaan untuk satu dulang : RM10
Deposit : RM 100 (akan dipulangkan ketika dulang dipulangkan dalam keadaan baik)
Special diskaun untuk yang menyewa 10 unit sekali
Pick up sahaja. Area bangi, nilai, putrajaya, dengkil dan yang berhampiran. Pos tidak boleh.
Penyewa bertanggungjawab untuk memulangkan 7 hari selepas dari hari pertama dulang diserahkan @ deposit akan ditolak. (Contoh dulang hantaran diserahkan pada hari rabu, perlu dipulangkan pada rabu minggu berikutnya)

Sunday, December 2, 2012

preparation kahwin...preparation kahwin~

PPPHHHEEWWW~ A lot to do...huhuhuhu..really exhausted n so on...i need some refreshment to enhance mysef..nak jenjalan..tapi nak g mna??Ada tak yang nak bawa saya pergi melancong. Melencung pun takpe la..penat..penat..penat....

Tuesday, November 27, 2012

2 months to go...

Mak aih, cepatnya masa berlalu..tggl lebih kurang 2bulan je lagi..Setakat ni alhamdulillah..semua in order.Semoga semua berjalan lancar =)
oh iye, saya ada follower baru =). terkejut tetiba ada yang komen. selalu blog ni untuk bacaan sendiri je..tq ye mama dhia sudi jeguk blog ni =)

Sunday, November 11, 2012

75 hari lagi....

xsangka..xsangka..takutnya..hanya tinggal 75 hari je lagi.. terlalu banyak yang belum disiapkan..adoi berpusing2 kepala fikir itu dan ini..dalam pening2 ni sempat layan satu sajak dari sini..bait2 sajak ni sangat2 menyentuh hati dan perasaan..swweet sangat. RUZZ BILLABAN..
minta copy dan paste ya..suka sangat~

Ruz Billaban

Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu
Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua
Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak segala

Bait kita kau hamornikan
Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan
Kenalkan aku lebih dengan tuhan
Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan

Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi
Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri
Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah
Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah
Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku

Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan
Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan
Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan
Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan

Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi

*Ruz Billaban bermaksud nasi susu, hidangan Arab Mesir yang disajikan sebagai manisan yang boleh menyejukkan badan. Beras yang dimasak dengan susu ini membuatkan nasinya pekat tapi bukan bubur. Gula dan kismis ditambah sebagai pelazat lidah.

Tuesday, October 16, 2012

Ya Allah

Ya Allah..Kau beri aku amanah ini, maka Kau berikanlah aku kekuatan...

Tuesday, September 18, 2012

HIV test dan perihal kad kahwin

Bercuti..hehehehehe...Memang saya plan untuk bercuti memandangkan EO saya dah tergesa2 nak buat HIV test. Oleh sebab malas nak ambil half day(takut terkejar2 and bos bising asyik half day je staff bahagian saya) kami plan untuk bercuti. Yang bestnya, saya tidak menggunakan cuti rehat, sebaliknya guna cuti  gantian. Siapa suruh paksa saya pergi kan??
Okay, pagi-pagi dah keluar rumah.Padahal kepala pening sebab tido lambat. Then, kami jumpa di taman warisan.Adik manis ini jadi driver hari ini okay..penat tau! 1st destination - JPN mission tukar IC. kan ic baru sekarang dah ada 2 gambar yang nampak macam bayang hantu. Semuanya berjalan lancar bagi saya. Tetapi tidak pada EO saya. Finas kene denda RM 20 sebab lambat tukar ic..selepas umur 24thn..wakakakaka.. Nasib baik saya tukar ngan adik saya hari tu.. Waktu ambil gambar pun Finas kene tukar tudung.,..hahahahha.. berangin for second... tapi akhirnya berjalan lancar..
Petangnya pukul 2 kami bergerak ke Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra untuk HIV test. Ok, memang akui tak ramai orang dan servis sangat cepat. Tak sampai dua jam di klinik, selesai ujiannya..Akhirnya, im -ve HIV..Ada jugak benda -ve yang menggembirakan kn??Habis jari i koyak kene cucuk ngan jarum yang datang ntah dari mana..huhuhuhu...Tapi sekarang semua tu tak penting.. One step closer..Satu dah settle..
Then, kami ke PKNS bangi, jumpa abang hafiz untuk tempahan kad.. He is so freindly and easy going..I've decide to order our wedding card with him..Harga sangat berbaloi-baloi.. Mana-mana B2B yang masih tercari-cari kad kahwin saya suggest abang hafiz ni..link nnt saya attached..Oh dah jumpa blog kad kahwin abang hafiz..tengok kat ticker wedding saya, 4 months 1 week...mak aih,cepatnya masa berlalu....banyak lagi xsettle..Semoga dipermudahkan....

Monday, September 17, 2012

Idea Hantaran

Ok, mata memang mengada-ngada..ayam kat luar rumah dah berkokok berkali-kali..Mata masih segar bugar tak boleh nak lelap. Oleh sebab mata tak boleh pejam, saya kaco en google "hantaran DIY" Mula-mula macam tak ada yang menarik, sampailah saya jumpa satu blog yang dia DIY hantaran.yang sangat2 saya suka sebab bekas hantaran 2 dia buat pakai kertas surat khabar..Yaey,kat rumah saya banyak surat khabar yang akhirnya saya akan buang jugak..why not kita manfaatkan kan??tetiba rasa excited nak wat..tak sabar nak tunggu encik tunang balik..paksa en tunang buat ngan saya sekali...thanks...suka sangat2 dat idea...macam mana rupanya, i'll update later...

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya

Raya terakhir as a bachelorette.

Gemuk2!

My lovely family.. Kak ngah n along xde....

Tahun ni cium tangan ayah, tahun depan insyaallah bersama suami.. Wink2..mood tergedik2...

Ok, selamat hari raya. Maaf zahir batin...


Salam sayang....

Wednesday, August 15, 2012

Summary

Hari ini pening satu hari. dari pagi sampai la nak balik ni.entry ni nak summarize kan apa yang berlaku,terjadi kat diri aku..oh,budget so sweet..ingat seantero dunia nak tau cerita ko..ah,lantakla.

1.Dah 4hari Ammar Mukhriz demam.merengek je.xtau la npe.umi die pun dah pening nak buat apa.susu xanak,makan xnak..risau plak auntie die tgk.umi die pn dah mcm nenek kebayan.x terurus langsung.hehehhe.macam2 ubat dan petua try kat baby mukhriz.semua tak berkesan.alahai,pe yang auntie boleh tolong awk ni...







2.Tangan ku yang halus mulus dirobek oleh mesin sagat kelapa..ooh,halus mulus 2 tipu..tu la,borak2 sampai xperasan mata mesin 2 dah makan tangan sendiri.my god,jatuh saham i..agak parah la cedera kali ni.aku yang memang fobia darah,hampir pitam tgk darah sndr.at last,tertido smp ptg..













Apakah rasa ini...

Saya tak tahu kenapa..bila berjumpa kelu 1001 bahasa.padahal, sebelum jumpa rasa macam banyak benda nak tanya..banyak nak bualkan. bila dah depan mata, gugup, kelu.. Hai, kuasa apa la yang awak pakai sampai jadi macam tu..maybe all my words tertelan sebab sampai2 je awak marah2..cuak la den..hmmm....

Monday, August 6, 2012

Baju Nikah

Oleh sebab hari ini bercuti dan bersenang-senang selepas iftar tadi, saya ambil masa untuk intai-intai design baju nikah yang saya rasa teringin nak buat macam tu. kalau saya dianugerahkan kepandaian untuk menjahit sendiri, pasti saya akan usahan jahit sendiri..




Ni la design baju yang berkenan di hati. Tapi saya nak buat baju kurung moden. Leher nak cekak musang dan ada button cendawan macam dalam gambar ni. Elegen sangat. Then finishing bawah baju nak macam gambar no 2..Ada tak yang nak jahit macam tu.. kalau la ada,sure saya seronok. Lagi seronok kalau harga murah. seronok sampai melompat-lompat.Tapi yunggula macam mana hasilnya nanti..huhuhuhuhu...


sumber Cinta 2 Collection

17 Ramadhan - 06.08.2012

Alhamdulillah.. hari ini bercuti sempena nuzul quran. Lama dah blog ni tidak dikemaskini..Mungkin lepas ni semua entry pasal majlis kahwin saya yang bakal berlangsung awal 2013. Nerves sangat. Alhamdulillah, sabtu lepas dah pergi try baju dan cari warna tema. Oleh sebab majlis saya akan berlangsung bersama-sama majlis kakak saya, maka saya tidak boleh nak buat 100% ikut kehendak saya. Terpaksa mengalah dalam beberapa perkara. Tema warna insyaallah red chilly walaupun pada asalnya saya kepingin warna oren + coklat. Tapi xde design yang memenuhi cita rasa. Hanya merah dan biru sahaja yang agak menarik.oleh sebab majlis bertunang saya dah warna biru, awal-awal lagi saya dah keberatan untuk warna biru. Tak nak la sama..hehehehe..Banyak lagi perkara yang nak dibuat.

1. Baju nikah - belum tempah (design pun tak tahu nak macam mana)
2. Hantaran - Dah beli, tapi belum mula untuk cari idea menggubah
3. Doorgift - Kakak nak bagi murah (apa yang murah sekarang?)
4. Cincin kahwin - Both of us. Tapi hari tu dah usha kat Lezo. Macam menarik dan harga pun in budget.
5. Bunga pahar - Maybe nak wat sendiri bunga telur. Tapi belum confirm. Tunggu keputusan kedua-dua pihak...
hiiisssshhhh....

Okla, nanti update lagi.